Kalkulator Zakat v2.0

Senin, 02 Januari 2012 | Projects
Kalkulator Zakat v2.0 telah dirilis pada akhir tahun 2011. Pada versi terbaru ini, dilakukan penambahan fitur untuk menghitung berbagai macam jenis zakat mal (harta), di antaranya adalah perhitungan zakat emas dan perak, uang dan surat berharga lainnya, perdagangan, pertanian, hewan ternak, serta harta temuan. Khusus untuk perhitungan zakat hewan ternak, saat ini baru menyediakan opsi untuk kambing/domba. Sedangkan untuk sapi dan unta, saat ini tidak/belum disediakan. Untuk melihat demo dan men-download software ini dapat dilakukan dengan mengakses alamat http://islam.indokreatif.net/zakatcalc/

Saran dari anda sangat kami harapkan. Termasuk jika anda menemukan kesalahan, mohon agar dapat disampaikan kepada kami. Terima kasih..



Komentar

NORIZAN BIN CHE NORD
29 Juni 2012 - 11:14:35
Assalamualaikum...Pada pendapat saya, Kalkulator Zakat v2.0 ini merupakan salah satu cara atau kaedah yang sesuai dalam menangani masalah pemberian zakat dalam kalangan yang memerlukan. Penggunaan kaedah ini menjimatkan masa kepada pemohon disamping memudahkan staf-staf zakat untuk memproses permohonan mereka yang memohon zakat. Kepada pelajar-pelajar IPT, mereka hanya perlu melayari laman web zakat ini, seterusnya mengisi borang permohonan zakat ini. kemudahan internet yang disediakan oleh pihak universiti membolehkan permohonan ini berjalan dengan lancar. Selain daripada penggunaan Kalkulator Zakat v2.0 yang baharu ini juga, diharap pihak zakat juga membuka lagi permohonan secara manual atau dengan cara mengisi borang untuk permohonan zakat, hal ini kerana, tidak semua mereka yang mendapat kemudahan internet dan komputer. Penggunaan Kalkulator Zakat v2.0 tanpa cara lama iaitu cara manual akan menyusahkan sesetengah pihak untuk memohon zakat. sekian sahaja komentar saya..Assalamualaikum..